BANTING: Penduduk Kampung Bukit Changgang di sini bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Suri rumah Hayati Daud, 60, berkata ketika berpindah ke Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Dewan orang Ramai Kampung Bukit Changgang pada tengah hari tadi, air yang memasuki rumahnya berada pada paras sekitar 0.4 meter.
Beliau berkata air bah itu mulai meningkat sejak pukul 6 pagi tadi dan paras air dilihat terus naik pada sebelah petang ini.
"Melihat keadaan itu, mak cik dan suami serta anak terus berkemas dan meletakkan barang-barang di bahagian tinggi serta berpindah ke PPS terdekat. Ini bukan pengalaman pertama, kami pernah kena lebih teruk banjir besar 2021, ia betul-betul menakutkan kerana waktu itu kami perlu meredah banjir tengah malam untuk selamatkan diri.
"Dalam rumah mak cik juga ada empat kanak-kanak di samping keadaan suami yang tidak sihat, kami juga risau jika ada haiwan berbisa atau apa-apa. Cuma banjir kali ini sedikit pelik, tiada hujan tetapi (paras) air naik," katanya ketika ditemui pemberita di PPS berkenaan.
Hayati turut menceritakan keadaan kawasan tempat tinggalnya itu seakan terkepung setiap kali banjir melanda, malah sebelum ini khidmat bomba digunakan bagi mengeluarkan air yang bertakung itu.
Sementara itu Muhammad Firdanish Din, 17, pula memberitahu bahagian dapur dan perkarangan rumahnya mula dinaiki air sejak pukul 7 pagi tadi.
"Pukul 1 pagi semalam air memang sudah naik di kawasan laman rumah, tidak sangka pagi ini paras air terus tinggi. Cuaca cerah pada sebelah siang (semalam) kecuali 7 malam tadi, hujan selama sejam.
"Petang ini air terus naik sehingga melepasi paras peha. Bahagian dapur dan belakang rumah sudah tenggelam. Mujur ruang tamu dan bilik berada di bahagian atas," katanya yang akan berpindah ke PPS sekiranya keadaan semakin buruk.
Tinjauan Bernama di sekitar Kampung Bukit Changgang mendapati limpahan air berlaku di beberapa kawasan antaranya Jalan Tembaga, Perak Kiri, Emas Kiri dan Intan Kiri selain, penempatan yang berdekatan dengan parit.
Beberapa penduduk mendakwa kejadian limpahan air dari lombong dan sungai menyebabkan kawasan-kawasan berhampiran yang lebih rendah ditenggelami air walaupun hujan tidak begitu lebat sejak dua hari lepas.
Setakat ini 75 mangsa daripada 18 keluarga telah berpindah ke PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Seorang penduduk Kampung Cemperai, Banting yang dilanda bajir cuba mengalihkan kenderaannya. - Gambar/ Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Air pasang besar: Bukit Changgang, Kuala Langat berisiko banjir - Bomba
Norazam Khamis berkata, banjir boleh terjadi sekiranya berlaku pertembungan antara fenomena air pasang besar dan hujan lebat.
Banjir: "Niat membantu, tak apa tanggung kos sendiri asalkan penduduk selamat" - Amir
Tambah Amir yang juga bertugas sebagai polis bantuan di klia2, dia tidak kisah mengambi risiko membantu penduduk malah mengeluarkan wang sendiri untuk mengisi petrol.
Banjir: Buaya, ular sawa jadi cabaran operasi selamat penduduk di Bukit Changgang
Ketua kampung itu berkata semua penduduk dan pihak yang terbabit dalam usaha SAR sentiasa diingatkan supaya berhati-hati.